CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 28, 2011

disco skating


kami bertiga (sy bom dan laily) mmg dah rancang utk hangout together tapi tatau nak pegi mana. mula2 kami ingat nak g naik cameron highland la, pergi pulau la, pergi sunway lagoon la, tapi semuanya hanya illusi semata-mata. 

sy sampai je kat KL, laily pon dtg pungut sy kat BTS. crowded gila nak mampus. then, kami mkn2, lepak2, gelak2 sikit, pastu menunggu bom di rumah laily. lama btol minah ni sampai. hehehe. 
ha, esoknya! here we go...!!

hari sabtu kami pergi serak2 kan tekak dulu kat RedBox selama 3jam. pheww!! guys, i admit yg aku byk tatau lagu apa yg korang nyanyi. tau lagu, tajuk plak tatau. dan seperti biasa, aku suka hilang2 lirik. pfft. 
tp its ok, aku enjoy tgk korang nyanyi penoh pasaan. ahahaha

then, lepas serak2 basah tu, kami pergi ke disco skating. yeahh!! i loike!! kat sini kami serak2 kan tekak lagi dengan menjerit2. ahahah. knp menjerit? ha, ni critanya..
disco skating tu tempat utk korang main rollerblade. tempat tu sgt la licin. dulu aku penah jgk la ada rollerblade. mmg la penah main menatang tu. tp takla selicin tu. aku n bom dah mcm org sakit tulang je main benda tu. hahah. lawak gila k..

dan kat situ, bom la yg paling lawak skali. time selekoh je, dia akan meluru apa saja kat dpn dia. ahahha!! napa ko tak pusingkan kaki ko bom? aduiii..
oleh kerana bom suka meluru, tiba2 bom dpt kwn baru kat sana. ahaahahahhaha!!

 laily n bom in action!!

 aku tergolek tergelantang!
sakit weyyy

 this is not pole dance ye....
tp, dlm dia mmg mcm disco btol2 la..
dgn alunan music yg kuat, lagu2 kelab malam, siap ada stage utk dancers lagi. ahahahah!!

ha.. terjatuh tergolek suda mereka.
kami hanya mampu ketawa je. kui kui kui

till then.
daa..

quick update

things happen for a reason
have faith in yourself

perasaan : sy risau
sy runsing
rasa tak sedap hati
sebab apa? 
err.. 

hurmmm.

sy ni asyik touching je. sensitive sangat ke?
too fragile rite? ehehehe

till then. tata 

Thursday, August 18, 2011

touching

heyya readers. dah lama tak update blog ni. pehhh.. byknya habuk. hatchumm!! ha, tgk. hidung sy tak dpt detect habuk dah. mmg payah kalau hidung ni ada dust detector. alamak, merepek apa ini? ahahahah

ok, cukup2 merepek. kembali ke pangkal jalan semula.

err.. mcmana nak mula nih?
...
........
..............

ok, lets make it simple.

sebenarnya sy ni seorang yg sensitip, cepat terasa, cpt nak kecik hati, cpt merajuk, tak thn dgn org yg mulut laser, ha apa lg perkataan yg seangkatan dgnnya? itulah sy...

jd, sy tak suka org yg suka suka panah sy atau perli sy atau ckp ikot sedap mulot dgn sy. kalau laser sikit2 tu i tak kesah. i boleh bawak gurau. tapi, kalau laser mcm panah tu, mmg tak boleh blah.

sy dah 2x pengalaman berkawan dgn org yg ada tahi lalat di bibir. mmg tak dpt dinafikan, mulut diorg mmg laser. dgn isu2 yg sy anggap sensitip pon dia relax je panah. hohh!! bengang gak la..
contohnya mcm ni.. dia beli sesuatu, tp niat dlm hati dia mmg taknak bg sy la kot. dan sy pon paham, tu dia beli. duit dia.jd sy pon mmg taknak amik pon. lainlah kalau dia offer. rasanya, kalau dia offer pon, sy teragak2 nak amik kot... pastu, dia boleh plak kata kat sy "jgn mintak tau". perghh!!

dulu pernah je dia konon2 tinggalkan sy nugget (kongsi beli) 3 ketol. and i assume smuanya utk sy sbb weekend dia dah mkn byk (sy balik kg). boleh plak dia mintak 1 daripada 3 nugget tu? ada ke patut??? pastu beli milo kongsi. dia buat kek batik guna milo, pastu g sedekah kat kwn2 dia. padahal milo tu kongsi tu. sy tak penah pon sebut psl tu. so, diamanakah keadilannya?? patut tak sy kecik hati dgn dia? sy jgk ke yg salah?

Thursday, June 9, 2011

gangguan seksual

laju je klik kan?
hah! tu dia... topik yang agak membuka mata seluas luasnya!  (*_*)

selalunya, kaum hawa inilah yg menjadi mangsanya. kaum adam juga mungkin terkena juga. tp taklah sehebat kaum hawa ni kan.
ok, lets start. apakah yg dimaksudkan dgn gangguan seksual?
bila sebut gangguan seksual, kita akan terus fikir tentang perbuatan / sentuhan kan?
tapi sebenarnya, gangguan ni ada byk peringkat.

1- dari jauh (pandang2 jeling2)
hah! ni biasa la utk golongan wanita yg cantik. mmg byk mata2 nakal yg nak pandang termasuklah mata2 dari golongan wanita sendiri. tak salah memandang. tp, cara pandangan tu yg membezakan. 

pandangan "wui. dia ni cantik lah! sweet je"
ha, pandangan ni mmg biasa. sbb kagum dgn kecantikan yg pompuan tu miliki. kadang2 muka dia cantik, dia pandai bergaya, perwatakan dia yg selalu senyum simpul tu membuatkan kita rasa dia cantik!! pernah je korang buat kan?? jgn tipu..

pandangan yg point2!!
hah! ini aku allergic sikit.selalunya, pompuan takkan pandang mcm ni. yg slalu pandang mcm ni ialah lelaki! saya ulang skali lagi, LELAKI. tolong ye wahai kaum adam, kami kaum hawa tak suka kalau kamu buat begitu.
alah... tak paham ke pandang point2 tu mcmana? 
mcmni, penah tak bila kau ckp dgn seseorg, org tu kejap2 pandang mulut ko, kejap2 pandang keronsang, tudung belit2 ko, kasut tumit tinggi ko, telinga ko la.. sampai koordinat taik lalat kat pipi kau pon dia leh ingt. ha.. tu lah maksudnya... hohh

pandangan kenyit2 mata
ini slalu tgk kan.. kalau tak tahu jugak, amik remote tv tu, tekan je la mana2 channel tv tu. tunggu je la scene konon2 mata masuk habuk tu (dan dan!!) ha, itu lah dia.
pandangan ni boleh dikatakan gangguan seksual jika pihak satu lagi tak suka. kalau pihak satu lagi tu pon senyum2, maknanye dia pon suka la tu. so gangguan seksual tu tak valid! 

2- percakapan
hati2 bila bercakap. kalau lah org tu tak rapat sgt dgn kita, dia mungkin tak selesa dgn apa yg kita cakap. kalau lah org tu mmg kamcing gila, otak sama2 senget, cakap la apa pon. dia takkan terasa. dia gelak lagi ada la..
pernah tak korang hadapi situasi yg asyik dipuji oleh org yg sama? tp puji tu tak kena tempat pon. (-..-)! kadang2 mungkin org tu obsessed dgn kita, dan dia puji kita ikhlas. kadang2 pujian tu bermaksud lain. so, kalau ye pon obsessed, takyah la puji hari2. puji la 2 hari skali.. (-..-")

3- sentuhan
kadang2, bila  kita bercakap, kita tak sedar yg kita akan pegang org. kan? selalunya, org yg kita pegang tu org yg rapat dgn kita la..
ingat, kalau kita tak rapat pon dgn org tu, jgn la sekali2 nak pegang2 dia. even pompuan sama pompuan pon. bkn apa, nnti tak selesa plak org tu.
ha, kalau lelaki n pompuan plak, mmg dilarang sama skali la nk pegang2 atau siku2 nih. tapi, perasan tak? selalu pompuan akan menampar2 lengan lelaki bila dia dah termalu kan? apesal eh? emo sgt kot.. 
dibuatnya si lelaki mengadu yg ko buat gangguan seksual kat dia, aduan tu valid tau. walaupon ko hanya lepok2 lengan dia. so, ingat 2 la..

ha, apa yg sy tulis kat sini semuanya input dari kursus induksi bulan May lepas. stakat ini jelah buat skrg ni. nnti ada input lain, sy akan update lagi. hehhee.

Tuesday, May 31, 2011

.....


disappointed 
shud i, or shudnt i?
sighh

Thursday, May 5, 2011

sesuatu yg mahu dikongsi bersama

hye..
hari ni biasa2 aja..
takda apa yg menarik sgt pon.



tapi....!!


err.. mcm ni..
kat sini, sy ada seorang kawan yg agak selfish dan suka menggunakan org.
dia juga seorang yg menggunakan org lain sbg batu loncatan dia.


so, ingat2 lah..
*dont judge da books by its cover.
*hitam tak semestinya busuk, putih tak semestinya wangi.

Wednesday, March 23, 2011

aww!!



main mekap2.
highlight tang mata.
;D

Tuesday, March 22, 2011

kuntum. hati birat

keadaan dan situasi org sekeliling buat aku rasa sentap.
kenapa smua org perlu selfish?
kenapa smua org taknak berkerjasama?
kenapa smua org suka tolak2 kerja kat org?
kenapa smua org lama suka buli org baru?


pfftt!!

Thursday, March 17, 2011

sabah vacation

wow!! terlalu lama dah tak update. sebenanrnye ada byk juga cerita nak share sini. tapi, byk sgt penghalang utk menulis di sini (asalan). hehehe.

okeh, 2 bulan lepas, saya, laily dan aisyah (kami panggil dia bom) pergi bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. wow!! guess what? kami sgt teruja sgt nak pergi sampai buat meeting 3x sebelom ke sana. punya lah excited kan? yela, tak penah2 sampai KK lah dikatakan..

okeh, back to da story. tema kami ialah santai, haf fun dan sgt energetic. (apa da.. santai, tp energetic plak. huhu. ;p)
DAY 1
sorang happy. sorg lagi serius.

kami punya flight pukul 830 pagi kalau tak silap.
 tapi pagi la. pukul brapa tu sy pon tak pasti. hehehe.
Kami sgt2 gembira. asik ketawa je

cerita dlm kapal terbang:
1- mula2 skali, kami terus landing kan sikit seat kami utk tidak tegak sgt seperti biasa tu. lepas tu, guess what? mesti la kami terus sambar menu yg nak di order.. yeahh!! sy amik choc muffin, laily amik sandwich, dan bom plak amik... err.. tak ingt. (bom, ko amik apa eh?)
setelah menunggu, makanan pon dah sampai, kami terus makan makan dan makan. hehheehe.

2- selesai makan, lap2 mulut, minum air, kami pon mengeluarkan alat2 kecantikan! ha.. ini lah yg dinanti - nantikan. (gambar dirahsiakan) ahakss!!

3- lepas boring mencantik2, laily pon mengeluarkan buku 'teka silang kata' dan buku 'mencari perkataan yg tersembunyi'.ha.. si laily ni mmg. dia mmg ada byk buku2 yg menguji minda dan kesabaran.
so, aku pon buat la 'latihan' yg ada dlm buku tu. laily n bom pulak belom siap mencantik2 kan diri lagi. so, diorg membantu aku membuat 'latihan' dlm buku tu..

4- lps membuat 'latihan' tu sampai bosan, apa lagi.. hembus2 bantal, pastu membuta. tiba2, eh, dah nak sampai. bila dah nampak daratan, aku kata kat laily dgn muka gembiranya "leli, kita dah sampai KK.. kita dah sampai KK!!" laily dan bom pon angguk2 dgn muka yg penuh sinar tanda setuju. wow!! 


ha.. inilah dia muka2 gembira bila dah mendarat. wink! wink!

sampai je KKIA (kota kinabalu international airport), tiba2 laily kata "BOM?? tu nama ko la. tu!!" lantas kami nampak ada seorang pakcik pegang kertas tulis AISYAH MUSTAFAR. wow!! kami pon terus menuju ke pakcik tu. bom kata "ha, sy aisyah" ahahaha!! kelaka pon ada. tapi gamba tiada dlm simpanan aku. -..-"

dalam van, kami lepak habis! dlm van tu, aku asik borak2 dgn pakcik van tu. diorg pon borak2 gak dgn pakcik tu, tp kejap je. mungkin distance diorg jauh dgn pakcik tu. so tak dengar sgt. tp, pakcik tu pon satu. tnya lain, lain jawabnya. hahahah!! bantai la..

si laily plak tersandar duduk di kerusinya sambil mata nya sibuk pandang kiri n kanan (mcm supervisor). hehe. 
bom pulak, sebok mengambil gambar kenangan dan buat video. wohooo!! sgt gembira, ok...

pakcik van tu terus bawa kami ke tune hotel yg terletak di 1 borneo. kami check-in, pastu terus keluar dan... apa lagi? bergambar sakan lah. heheheheheh
depan shopping mall 1 borneo. 
gembiranya mereka! bkn mereka shj, tapi, KAMI!!
hehehehe

gambar kegembiraan lagi..
;D

aktiviti malamnya pula, kami mkn mlm kat restoran cina (yg halal) pilihan awang(gambar di atas). nama kedai tu Restoran Tien Tien. kami mkn sea food. yeahh!! sgt lah kenyang. keadaan yg hujan tak membantutkan kegembiraan kami. kami redah jugak hujan dgn gelak tawa. hahahaa. apa da..

setelah makan, kami pergi pula ke live band. tak jauh dr restoran cina tu. kami layan air je sambil dgr lagu2 mereka. hehe
live band
Awang + titi


DAY 2
hari kedua ni, kami dah terjaga seawal jam 4 pagi akibat aktiviti paranormal dan angin kuat (kot..) ;p
so, kami terus bgn dan berbual sesama sendiri (asal kan celik je mata, celik la mulut tu kan?) ahahah!! kami bersiap2 utk meneruskan aktiviti seterusnya.
setelah berbincang dgn begitu lama, akhirnya kami ambil kputusan utk naik taxi utk pergi ke gaya street..


eh, asal aku tulis mcm karangan ni? ahakss!!


ok, sambung.
ha, tambang taxi dari 1 borneo ke bandar RM25!! hah! tu dia.. tapi, bila dah bahagi 3, brp sgt la kan.. so kami meneruskannya. tutup mata je lah. hhuhuhuu.


gaya street
bom spent a lot ye..
 lepas berpenat lelah di gaya street, kami menunggu awang n titi utk pergi ke national park, tagal moroli, hot poring, makan2.. hah! sgt berenergy ok..

pemandangannya sgt lah cantik.


kami singgah makan kat area atas bukit. area nasional park tu la. cuaca kat sana cerah, tapi sgt lah sejuk ye.. mmg fresh udara kat sana.

bom + laily tgh ketawa tgk gambar masing2.
ahakss!!!

kami pergi kundasang! ha, kundasang.heheeh. sgt sejuk di kundasang ok.. brp kali nak sebut 'kundasang' ha?
kami sgt la riang di sini.. hah..
akibat sejuk, laily dan bom telah bertukar wajah. tadaaa!!
hehe. kami tinggi okke..
lepas tu, kami pergi ke kundasang war memorial. perghh!! serius sgt english tempat ini.. kami pon berangan2 spt di obesi walaupon tidak. heheh.

abaikan baju hijau itu

konon2 cover majalah

dua kendid, 2 gila kamera
cantikkan ??
ha.. ini nampak jgk la english nya..
cover majalah lagi
kat bawah tu rumah2 orang.
singgah kat sini utk amik gambar sahaja. ;p

setelah bersejuk sejukan, kami meneruskan perjalanan ke kolam air panas. ku pikirkan kolam air panas yg natural. tp, rupa-rupanya, dah diubahsuai utk keselesaan pengunjung. bg aku, taklah berbaloi sgt pon pegi. tp sungai kat sana cantik la..  tu je la yg menarik kot..

hot spring


 ni lah dia sumber air panas tu. titi kata dgn yakin "batu ni la yg membuatkan air ni panas. tgk batu tu berasap" (lebih kurang gitu la ayatnya). kami pon berkerut dahi menerima je apa yg dia kata. ahahah!! tp itu smua dusta belaka ye... tolong jgn percaya .

gambar hiasan.
air ni tak panas ok..
kami habiskan masa kat hot spring selama 15 minit je kot. pastu, kami terus bergegas pergi ke Tagal Moroli. ha, ini excited! ini best. SPA IKAN!!
slalu kat kedai2 tu kan yang bayar RM15 utk ikan makan kulit mati kaki kan? ikan dia kecik je..
tapi, kat sini, ikan dia besar gila wei!! mcm ikan siakap besar dia. siap fikir "bwk balik sekor, masak ikan 3 rasa sedap nih" ahahah!! tak caya? meh tgk gamba..

tengok tengok! ikan dia besar punya.
rasa mcm kena hurung dgn ikan pirana
kami sgt menjerit2 pada awalnya sebab jakun dan geli dan takot sakit bila kena gigit dgn ikan. aku ingat lagi ayat sorg2 dgn ikan2 ni.
laily: "aduh, sakit sakit sakit" (bila kena gigit kat kakinya)
aku: "aww!! sakit lah" (bila kena gigit kat tumit). 
awang: "kurang ajar ikan. kurang ajar" (ahahah!! ni lawak siot. dia akan ckp ikan tu kurang ajar bila kena gigit)
titi: ha, titi takde bunyi pon. dia diam n relax je. katanya dah biasa. 
bom: "mackey.. mackeyy.. MACKEYY **** !!!" (bila ikan tu gigit dia, dia jerit la mackey tu kuat2)

aduhai korang.. lawak seyy.


laily sgt berani. bom pon sama.
tp, aku je yg cuak2 bila digigit.
eww!!

setelah penat berendam segala, kami pergi makan sea food (sea food je lagi...). tp, kali ni istimewa sikit. sbb kami makan rumpai laut!. aku ulang skali lagi, rumpai laut!! sedap jugak. rasa mcm mkn telur ikan kat suchi king tu.. abis kami makan. kat kedai makan ni, kami pilih sendiri ikan, udang, sotong utk dimasak. lepas timbang, dia akan masakkan mengikut citarasa yg kita mahu. kita sebut aja. syok wo!!

tu dia.. bom makan rumpai laut
ok, nak bg nasihat sikit. kalau pergi naik bukit tu, pastikan turun sebelum gelap okke. kami turun bila dah gelap. sgt scary ye.. kabus tebal sampai tak nampak jalan. pendek kata, kami berada dlm awan la..


DAY 3

hari ini, kami travel sendiri. kami bangga lah jugak dgn diri sendiri. kami amik taxi whole day. utk sehari, kami sewa RM120 kot.. (guys, if u read dis entry, correct me if im wrong)
kami sangkakan byk gila bus mcm kat pudu tu. tapi, lain plak! korang tau, diorg tak byk bus besar2. diorg byk bas mini dan van. sebab, kebanyakan jalan, bus takleh masuk. so, gunalah van/bas mini..

muka kepayahan mencari public transport
destinasi pertama kami ialah the green connection. harus pergi!!. menarik tempat ini. serius. mcm2 binatang dpt tgk. seronoknya....~

kat dlm tu, ada ular sawa (biasa la tu kan..) pastu, ada ikan yg cantik2 dia letak kat dlm kolam. dr hasil kajian aku (intebiu org situ) smuanya amik kat laut. maknanya, ikan amik kat laut, air tu pon, depa gagah punggah air dr laut, dan bubuh dlm kolam tu.. perghh.

the green connection

mereka sgt gembira, kan?? wowee!!

bom pegang ular! sy tak berani
pastu, dpt signature dr ular tersebut. hohoho
saja2
dia comel kan??
beraksi
ok! ini yg tak sabar2 nak cerita. kami pergi ke Monsopiad Culture Village. kamu berpeluang melihat mereka menari dan menyumpit. kami pon berpeluang menari jugak!! tgk tu..

ewahh. kami ikot mereka menari2.
sebenarnya, ada lg satu tarian menarik yg kami ikot. tarian yg guna buluh kepit2 kaki tu.. alah, yg slalu kua kat tv tu kan.. ha, kami try yg itulah. tp gambarnya tiada kot.. sbb, smua org pon join termasuklah awang..

bergambar dgn penari2 di jambatan yg kami anggap seperti jambatan tamparuli. ahakss

seterusnya, kami pergi ke lok kawi. dpt tgk byk2 binatang dan orangutan yg comel gila.. orangutan tu siap boleh merajuk2 dgn penjaganya. pastu, laily masuk pertandingan dgn orgutan. mereka berlumba mengeluarkan sweet potato dari balangnya. dan akhirnya, orgutan tu lah yg menang. laily kalah. ahahah!!

lok kawi
bom dah fobia dgn ular
laily kata mak n ayah. -..-

seterusnya, kami singgah di Kampung Lama (kampung ni atas air) kampung lama ni terletak berdekatan dgn sutera harbour.
utk pengetahuan semua, ini bukan tempat perlancongan ye.. harap maklong. hehehe
kami teruja dgn rumahnya yg berada di atas air. so, kami pon meredah la ke sana.. sebelom kami ke sana, laily dah msg awang (kenalah bg tau awang. nnti apa2 jadi senang). sebabnya, awang tak ikot kami ke kampung lama tu..
kampung air. diorg ada astro wo..

gambar kenangan bersama mereka

DAY 4
kejap je dah hari ke 4 kami. kami abiskan masa whole day kat pulau. mula2 kami ke pulau mamutik, pastu pulau sapi dan akhir skali pulau.. err.. lupa la plak. pilau manukan kot. kami hire Joseph utk bawa kami merayau2 di sekitar pulau2 tu. 

bom wif joseph
i loike dis pic
laily kata "awin rakus. tak saba2"
ahahahah!!


wowee!!! gambarni cantik!!
wee!!! seronoknya....
bom bwk kamera yg boleh rendam dlm air.  ketip2 jari je, ikan leh datang
tu tgn si joseph 
kami main banana boat jugak. mula2, kami 3 org main. penat pemandu boat buat lap, tp kami tak jatuh2 pon. tiba2 si bom dah takde. bom dah jatuh!!. tp aku dan laily tetap teguh di atas boat tu.
bom pon berusaha lah utk naik semula ke atas boat utk 'jatuh' beramai2 skali lagi.. tp bom tak dpt nak naik. laily yg tak sampai hati tgk bom terkial2, dia bgn dan cuba utk tolong bom. tiba2, dushh!! laily pulak terjun dlm laut. adehh.. tiba2 aku rasa aku JUARA!!! yeyyy. hahahah!!

lepastu, mereka berdua berjaya lah jugak naik atas banana boat lepas diangkat naik.
okeh, skali lagi! akhirnya, kami jatuh beramai!! masa jatuh tu, bahu aku terhentak. sakit gila. rupa2 nya terhantuk kat kpala bom. -..-  tiba2 aku rasa mcm "asal aku tak timbul2 ni?" terus aku bukak mata. bukak je mata, aku pandang bawah, HITAM!! pandang atas CERAH! terus aku kuak2 kan tangan utk timbul. ada life jacket pon lambat nak timbul. hahh!! kepala aku mula pening. naik je atas boat, terus bluekkk!! skali mabuk laut da.. diorg main banana boat utk kali kedua. tp aku dah lembik dah. tak larat dah. huuhu

mereka main banana boat
laily terbang2

DAY 5


hari ke 6 ni merupakan hari terakhir kami di KK. oh tidakk!! tak suka nye.. nak pegi KK lagi,..
sebelom itu, kami kill time kat reflexology. laily urot kaki, sy lak buat ear candle. bom pergi merayau2.

laily
kami singgah kat pasar filiphina utk membeli pearl. wah, ada akak ni, sgt sporting. mula2 kami lalu2 je. nak tgk2 je. pastu, kua kan 1 utk tgk.. pastu kua lagi.. sudahnya, sepah satu meja dgn pearl. ahahahha!!

beli2

then, kami amik2 gamba sekitar bandar KK.. 

larikkkk!!!
YG TAK SEMPAT NAK CERITA:
- bom mengigau2 masa tidur
- bom tiba2 bgn dan jerit "eh! korang dah bgn? senyap je kan?" (lebih kurang la ayat dia)
- aku menepuk2 kaki bom n laily dlm kreta awang
- dengar lagu "senja nan merah" oh sweet nya~
- menunggu awang bagai nak rak. HAHAHAHAHA!!!
- kami yg tak habis2 memandang kpd fast food! sampai sampai je, dah mkn mcD. pastu kami dah buat aku janji utk tidak mkn fast food semasa di Sabah. naseb baik bukan janji palsu. (agaknye la..)
- bom dpt hadiah hasil lukisan orangutan
- pening lalat semasa snorkeling



harap korang suka la baca.. maklumla, dah lama tak menulis. lintang pukang ayat. huhuhuh
tamat..