wow!! terlalu lama dah tak update. sebenanrnye ada byk juga cerita nak share sini. tapi, byk sgt penghalang utk menulis di sini (asalan). hehehe.
okeh, 2 bulan lepas, saya, laily dan aisyah (kami panggil dia bom) pergi bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. wow!! guess what? kami sgt teruja sgt nak pergi sampai buat meeting 3x sebelom ke sana. punya lah excited kan? yela, tak penah2 sampai KK lah dikatakan..
okeh, back to da story. tema kami ialah santai, haf fun dan sgt energetic. (apa da.. santai, tp energetic plak. huhu. ;p)
DAY 1
sorang happy. sorg lagi serius. |
kami punya flight pukul 830 pagi kalau tak silap. tapi pagi la. pukul brapa tu sy pon tak pasti. hehehe. Kami sgt2 gembira. asik ketawa je |
cerita dlm kapal terbang:
1- mula2 skali, kami terus landing kan sikit seat kami utk tidak tegak sgt seperti biasa tu. lepas tu, guess what? mesti la kami terus sambar menu yg nak di order.. yeahh!! sy amik choc muffin, laily amik sandwich, dan bom plak amik... err.. tak ingt. (bom, ko amik apa eh?)
setelah menunggu, makanan pon dah sampai, kami terus makan makan dan makan. hehheehe.
2- selesai makan, lap2 mulut, minum air, kami pon mengeluarkan alat2 kecantikan! ha.. ini lah yg dinanti - nantikan. (gambar dirahsiakan) ahakss!!
3- lepas boring mencantik2, laily pon mengeluarkan buku 'teka silang kata' dan buku 'mencari perkataan yg tersembunyi'.ha.. si laily ni mmg. dia mmg ada byk buku2 yg menguji minda dan kesabaran.
so, aku pon buat la 'latihan' yg ada dlm buku tu. laily n bom pulak belom siap mencantik2 kan diri lagi. so, diorg membantu aku membuat 'latihan' dlm buku tu..
4- lps membuat 'latihan' tu sampai bosan, apa lagi.. hembus2 bantal, pastu membuta. tiba2, eh, dah nak sampai. bila dah nampak daratan, aku kata kat laily dgn muka gembiranya "leli, kita dah sampai KK.. kita dah sampai KK!!" laily dan bom pon angguk2 dgn muka yg penuh sinar tanda setuju. wow!!
ha.. inilah dia muka2 gembira bila dah mendarat. wink! wink! |
sampai je KKIA (kota kinabalu international airport), tiba2 laily kata "BOM?? tu nama ko la. tu!!" lantas kami nampak ada seorang pakcik pegang kertas tulis AISYAH MUSTAFAR. wow!! kami pon terus menuju ke pakcik tu. bom kata "ha, sy aisyah" ahahaha!! kelaka pon ada. tapi gamba tiada dlm simpanan aku. -..-"
dalam van, kami lepak habis! dlm van tu, aku asik borak2 dgn pakcik van tu. diorg pon borak2 gak dgn pakcik tu, tp kejap je. mungkin distance diorg jauh dgn pakcik tu. so tak dengar sgt. tp, pakcik tu pon satu. tnya lain, lain jawabnya. hahahah!! bantai la..
si laily plak tersandar duduk di kerusinya sambil mata nya sibuk pandang kiri n kanan (mcm supervisor). hehe.
bom pulak, sebok mengambil gambar kenangan dan buat video. wohooo!! sgt gembira, ok...
pakcik van tu terus bawa kami ke tune hotel yg terletak di 1 borneo. kami check-in, pastu terus keluar dan... apa lagi? bergambar sakan lah. heheheheheh
depan shopping mall 1 borneo. |
live band |
Awang + titi |
DAY 2
hari kedua ni, kami dah terjaga seawal jam 4 pagi akibat aktiviti paranormal dan angin kuat (kot..) ;p
hari kedua ni, kami dah terjaga seawal jam 4 pagi akibat aktiviti paranormal dan angin kuat (kot..) ;p
so, kami terus bgn dan berbual sesama sendiri (asal kan celik je mata, celik la mulut tu kan?) ahahah!! kami bersiap2 utk meneruskan aktiviti seterusnya.
setelah berbincang dgn begitu lama, akhirnya kami ambil kputusan utk naik taxi utk pergi ke gaya street..
eh, asal aku tulis mcm karangan ni? ahakss!!
ok, sambung.
ha, tambang taxi dari 1 borneo ke bandar RM25!! hah! tu dia.. tapi, bila dah bahagi 3, brp sgt la kan.. so kami meneruskannya. tutup mata je lah. hhuhuhuu.
setelah berbincang dgn begitu lama, akhirnya kami ambil kputusan utk naik taxi utk pergi ke gaya street..
eh, asal aku tulis mcm karangan ni? ahakss!!
ok, sambung.
ha, tambang taxi dari 1 borneo ke bandar RM25!! hah! tu dia.. tapi, bila dah bahagi 3, brp sgt la kan.. so kami meneruskannya. tutup mata je lah. hhuhuhuu.
gaya street bom spent a lot ye.. |
lepas berpenat lelah di gaya street, kami menunggu awang n titi utk pergi ke national park, tagal moroli, hot poring, makan2.. hah! sgt berenergy ok..
bom + laily tgh ketawa tgk gambar masing2. ahakss!!! |
kami pergi kundasang! ha, kundasang.heheeh. sgt sejuk di kundasang ok.. brp kali nak sebut 'kundasang' ha?
kami sgt la riang di sini.. hah..
akibat sejuk, laily dan bom telah bertukar wajah. tadaaa!!
hehe. kami tinggi okke.. |
lepas tu, kami pergi ke kundasang war memorial. perghh!! serius sgt english tempat ini.. kami pon berangan2 spt di obesi walaupon tidak. heheh.
abaikan baju hijau itu |
konon2 cover majalah |
dua kendid, 2 gila kamera |
cantikkan ?? |
ha.. ini nampak jgk la english nya.. |
cover majalah lagi |
kat bawah tu rumah2 orang. |
singgah kat sini utk amik gambar sahaja. ;p |
setelah bersejuk sejukan, kami meneruskan perjalanan ke kolam air panas. ku pikirkan kolam air panas yg natural. tp, rupa-rupanya, dah diubahsuai utk keselesaan pengunjung. bg aku, taklah berbaloi sgt pon pegi. tp sungai kat sana cantik la.. tu je la yg menarik kot..
kami habiskan masa kat hot spring selama 15 minit je kot. pastu, kami terus bergegas pergi ke Tagal Moroli. ha, ini excited! ini best. SPA IKAN!!
slalu kat kedai2 tu kan yang bayar RM15 utk ikan makan kulit mati kaki kan? ikan dia kecik je..
tapi, kat sini, ikan dia besar gila wei!! mcm ikan siakap besar dia. siap fikir "bwk balik sekor, masak ikan 3 rasa sedap nih" ahahah!! tak caya? meh tgk gamba..
tengok tengok! ikan dia besar punya. rasa mcm kena hurung dgn ikan pirana |
kami sgt menjerit2 pada awalnya sebab jakun dan geli dan takot sakit bila kena gigit dgn ikan. aku ingat lagi ayat sorg2 dgn ikan2 ni.
laily: "aduh, sakit sakit sakit" (bila kena gigit kat kakinya)
aku: "aww!! sakit lah" (bila kena gigit kat tumit).
awang: "kurang ajar ikan. kurang ajar" (ahahah!! ni lawak siot. dia akan ckp ikan tu kurang ajar bila kena gigit)
titi: ha, titi takde bunyi pon. dia diam n relax je. katanya dah biasa.
bom: "mackey.. mackeyy.. MACKEYY **** !!!" (bila ikan tu gigit dia, dia jerit la mackey tu kuat2)
aduhai korang.. lawak seyy.
laily sgt berani. bom pon sama. tp, aku je yg cuak2 bila digigit. eww!! |
setelah penat berendam segala, kami pergi makan sea food (sea food je lagi...). tp, kali ni istimewa sikit. sbb kami makan rumpai laut!. aku ulang skali lagi, rumpai laut!! sedap jugak. rasa mcm mkn telur ikan kat suchi king tu.. abis kami makan. kat kedai makan ni, kami pilih sendiri ikan, udang, sotong utk dimasak. lepas timbang, dia akan masakkan mengikut citarasa yg kita mahu. kita sebut aja. syok wo!!
tu dia.. bom makan rumpai laut |
ok, nak bg nasihat sikit. kalau pergi naik bukit tu, pastikan turun sebelum gelap okke. kami turun bila dah gelap. sgt scary ye.. kabus tebal sampai tak nampak jalan. pendek kata, kami berada dlm awan la..
DAY 3
hari ini, kami travel sendiri. kami bangga lah jugak dgn diri sendiri. kami amik taxi whole day. utk sehari, kami sewa RM120 kot.. (guys, if u read dis entry, correct me if im wrong)
kami sangkakan byk gila bus mcm kat pudu tu. tapi, lain plak! korang tau, diorg tak byk bus besar2. diorg byk bas mini dan van. sebab, kebanyakan jalan, bus takleh masuk. so, gunalah van/bas mini..
muka kepayahan mencari public transport |
destinasi pertama kami ialah the green connection. harus pergi!!. menarik tempat ini. serius. mcm2 binatang dpt tgk. seronoknya....~
kat dlm tu, ada ular sawa (biasa la tu kan..) pastu, ada ikan yg cantik2 dia letak kat dlm kolam. dr hasil kajian aku (intebiu org situ) smuanya amik kat laut. maknanya, ikan amik kat laut, air tu pon, depa gagah punggah air dr laut, dan bubuh dlm kolam tu.. perghh.
kat dlm tu, ada ular sawa (biasa la tu kan..) pastu, ada ikan yg cantik2 dia letak kat dlm kolam. dr hasil kajian aku (intebiu org situ) smuanya amik kat laut. maknanya, ikan amik kat laut, air tu pon, depa gagah punggah air dr laut, dan bubuh dlm kolam tu.. perghh.
the green connection |
mereka sgt gembira, kan?? wowee!! |
bom pegang ular! sy tak berani pastu, dpt signature dr ular tersebut. hohoho |
saja2 |
dia comel kan?? |
beraksi |
ok! ini yg tak sabar2 nak cerita. kami pergi ke Monsopiad Culture Village. kamu berpeluang melihat mereka menari dan menyumpit. kami pon berpeluang menari jugak!! tgk tu..
ewahh. kami ikot mereka menari2. |
sebenarnya, ada lg satu tarian menarik yg kami ikot. tarian yg guna buluh kepit2 kaki tu.. alah, yg slalu kua kat tv tu kan.. ha, kami try yg itulah. tp gambarnya tiada kot.. sbb, smua org pon join termasuklah awang..
bergambar dgn penari2 di jambatan yg kami anggap seperti jambatan tamparuli. ahakss |
seterusnya, kami pergi ke lok kawi. dpt tgk byk2 binatang dan orangutan yg comel gila.. orangutan tu siap boleh merajuk2 dgn penjaganya. pastu, laily masuk pertandingan dgn orgutan. mereka berlumba mengeluarkan sweet potato dari balangnya. dan akhirnya, orgutan tu lah yg menang. laily kalah. ahahah!!
lok kawi |
bom dah fobia dgn ular |
laily kata mak n ayah. -..- |
seterusnya, kami singgah di Kampung Lama (kampung ni atas air) kampung lama ni terletak berdekatan dgn sutera harbour.
utk pengetahuan semua, ini bukan tempat perlancongan ye.. harap maklong. hehehe
kami teruja dgn rumahnya yg berada di atas air. so, kami pon meredah la ke sana.. sebelom kami ke sana, laily dah msg awang (kenalah bg tau awang. nnti apa2 jadi senang). sebabnya, awang tak ikot kami ke kampung lama tu..
utk pengetahuan semua, ini bukan tempat perlancongan ye.. harap maklong. hehehe
kami teruja dgn rumahnya yg berada di atas air. so, kami pon meredah la ke sana.. sebelom kami ke sana, laily dah msg awang (kenalah bg tau awang. nnti apa2 jadi senang). sebabnya, awang tak ikot kami ke kampung lama tu..
gambar kenangan bersama mereka |
DAY 4
kejap je dah hari ke 4 kami. kami abiskan masa whole day kat pulau. mula2 kami ke pulau mamutik, pastu pulau sapi dan akhir skali pulau.. err.. lupa la plak. pilau manukan kot. kami hire Joseph utk bawa kami merayau2 di sekitar pulau2 tu.
wowee!!! gambarni cantik!! |
wee!!! seronoknya.... |
kami main banana boat jugak. mula2, kami 3 org main. penat pemandu boat buat lap, tp kami tak jatuh2 pon. tiba2 si bom dah takde. bom dah jatuh!!. tp aku dan laily tetap teguh di atas boat tu.
bom pon berusaha lah utk naik semula ke atas boat utk 'jatuh' beramai2 skali lagi.. tp bom tak dpt nak naik. laily yg tak sampai hati tgk bom terkial2, dia bgn dan cuba utk tolong bom. tiba2, dushh!! laily pulak terjun dlm laut. adehh.. tiba2 aku rasa aku JUARA!!! yeyyy. hahahah!!
lepastu, mereka berdua berjaya lah jugak naik atas banana boat lepas diangkat naik.
okeh, skali lagi! akhirnya, kami jatuh beramai!! masa jatuh tu, bahu aku terhentak. sakit gila. rupa2 nya terhantuk kat kpala bom. -..- tiba2 aku rasa mcm "asal aku tak timbul2 ni?" terus aku bukak mata. bukak je mata, aku pandang bawah, HITAM!! pandang atas CERAH! terus aku kuak2 kan tangan utk timbul. ada life jacket pon lambat nak timbul. hahh!! kepala aku mula pening. naik je atas boat, terus bluekkk!! skali mabuk laut da.. diorg main banana boat utk kali kedua. tp aku dah lembik dah. tak larat dah. huuhu
mereka main banana boat laily terbang2 |
DAY 5
hari ke 6 ni merupakan hari terakhir kami di KK. oh tidakk!! tak suka nye.. nak pegi KK lagi,..
sebelom itu, kami kill time kat reflexology. laily urot kaki, sy lak buat ear candle. bom pergi merayau2.
laily |
kami singgah kat pasar filiphina utk membeli pearl. wah, ada akak ni, sgt sporting. mula2 kami lalu2 je. nak tgk2 je. pastu, kua kan 1 utk tgk.. pastu kua lagi.. sudahnya, sepah satu meja dgn pearl. ahahahha!!
beli2 |
then, kami amik2 gamba sekitar bandar KK..
YG TAK SEMPAT NAK CERITA:
- bom mengigau2 masa tidur
- bom tiba2 bgn dan jerit "eh! korang dah bgn? senyap je kan?" (lebih kurang la ayat dia)
- aku menepuk2 kaki bom n laily dlm kreta awang
- dengar lagu "senja nan merah" oh sweet nya~
- menunggu awang bagai nak rak. HAHAHAHAHA!!!
- kami yg tak habis2 memandang kpd fast food! sampai sampai je, dah mkn mcD. pastu kami dah buat aku janji utk tidak mkn fast food semasa di Sabah. naseb baik bukan janji palsu. (agaknye la..)
- bom dpt hadiah hasil lukisan orangutan
- pening lalat semasa snorkeling
harap korang suka la baca.. maklumla, dah lama tak menulis. lintang pukang ayat. huhuhuh
- bom mengigau2 masa tidur
- bom tiba2 bgn dan jerit "eh! korang dah bgn? senyap je kan?" (lebih kurang la ayat dia)
- aku menepuk2 kaki bom n laily dlm kreta awang
- dengar lagu "senja nan merah" oh sweet nya~
- menunggu awang bagai nak rak. HAHAHAHAHA!!!
- kami yg tak habis2 memandang kpd fast food! sampai sampai je, dah mkn mcD. pastu kami dah buat aku janji utk tidak mkn fast food semasa di Sabah. naseb baik bukan janji palsu. (agaknye la..)
- bom dpt hadiah hasil lukisan orangutan
- pening lalat semasa snorkeling
harap korang suka la baca.. maklumla, dah lama tak menulis. lintang pukang ayat. huhuhuh
tamat..
0 comments:
Post a Comment