apakah itu cysts? macam mana boleh jadi? apa punca2 cysts tu? dari segi pemakanan ke? lifestyle ke?
orait, aku akan terangkan sikit apa yg aku tahu pasal cysts ni melalui pengalaman.
skrg ni aku nak fokus kepada ovarian cysts. lokasi atau koordinat dia ialah di dalam rahim. dah nama pun ovarian cysts kan.. apa yg dokter bagitahu, cysts ni ialah gelembung yang berisi air / solid / semi solid. ada dua jenis cysts iaitu mobile cysts (yg boleh bergerak. maknanye yg tak attach kat mana2 bahagian uterus) dan attached cysts. aku punya ialah mobile cysts. so tak risau sgt la sbb cysts tu tak 'berakar'.
soalan yg ramai org tanya : macam mana ko dapat detect?
kalau saiz cysts tu dah besar, tuan punya badan akan dapat rasakan sendiri. mula2 aku perasan yang perut aku buncit. ingatkan buncit sebab extra lemak. so, aku pun berusaha la pergi join gym utk kempiskan perut. lepas beberapa bulan membanting tulang kat gym tu, berat badan agak turun sikit. perut kempis di bahagian atas. tp kenapa di bahagian bawah tak kempis pun??
aku ni kan suka fikir positif. aku pun terus fikir 'oh, kena mkn kinohimitsu ni sbb berak tak lawas. sbb tu buncit' -..-" Lepas 1 set telan, mmg lah lawas selawasnya.. tapi... kenapa tak kempis lagi ye??
ok, positif lagi. mungkin kinohimitsu tak sesuai. mungkin kena cuba juvanex pulak (boleh bayang tak berapa duit aku habis sebulan hasil daripada fikiran yg positif sgt tu?) lepas minum, sama je buncitnya!! tapi aku masih positif. aku anggap 'aku ni mmg buncit kot. mungkin slama ni aku je tak perasan'
lepas bertunang, badan aku agak naik kilogramnya. masih lagi positif seperti selalunya, aku fikir 'makin buncit ni sbb dah lama berhenti gym'. so, aku pon mula lah aktif main badminton, berenang, dan berjoging. tapi kenapa tak kempis jugakkkk????? aku dah mula tak boleh positif *~*
satu hari, aku pun menyarap utk tgk Facebook. dan aku terasa mcm ada benjolan di kawasan bawah pusat. bukan kecik ok, besau!! benjolan / buncit tu seperti perut org mengandung 4 months. mmg cukup terasa bila menyarap. aku tak puas hati. aku nak pastikan yg org lain ada ke tak benjol tu. aku suruh housemate aku menyarap pulak. tanya dia ada benjolan ke tak. dia kata "elek" (dlm bahasa tamil). tak habis investigate kat housemate, aku cek adik2 aku plak. ternyata takde. KOSONG. tapi kenapa aku ada??
ha.. baru lah aku nak search internet. dan lepas je baca mcm2 artikel dlm bahasa inggeris tu, aku pun yakin yg aku ada CYSTS!! lepas refer dgn dokter, dokter pun sahkan mmg ada cysts. memandangkan aku ni positif dan heartless, aku relax je. terus aku tnya "abis tu mcmana nak buat ni? buang ke? bila boleh buang?".muka makcik (makcik aku nurse kat sepital tu) dah pucat. balik dari sepital, aku relax je mcm takde apa2 jadi. makcik aku terus cerita kat mak aku apa yg dokter suggest psl cysts ni. mak pulak dah pucat dan cemas. -..-!
selang sebulan selepas kahwin, aku pun menjalankan pembedahan untuk membuang cysts tu. kalau dah nama heartless, mmg la tak cuak kan? dah masuk hospital pun tak rasa debar2 pun. blood pressure tak pernah naik akibat takut. dokter kata "youre very strong and cool. good. nothing to worry about rite?"
sampai je masa, kena pakai topi mcm shower cap tu dan pakai baju putih. baring atas katil, terus tolak masuk bilik pembedahan (mcm la tak boleh jalan sendiri. hehehe) masuk je, nurse bagi oksigen. tiba2 aku black out. tak sedar apa. sedar2 je, dah sudah. soalan pertama aku kepada nurse "dah ke? dah pukul brapa skrg?" hahahaha. nurse ketawa je..
source : internet
ok, inilah rupa cysts kalau buat ultrasound. mmg ini la rupanya. bulat hitam. masa buat ultrasound dulu, dokter kata cysts aku berdiameter 13cm. dan dokter kata "big enough to take it out"
tapi, lepas keluarkan cysts tu daripada perut aku yang comel ni, rupa-rupanya saiz nya ialah berdiameter 20cm!! sebesar uri. dokter pun terkejut jugak sebenarnya.. aku lagilah terkejut!! hehehe
source : internet
gambar ni pun aku copy paste je dari internet. sbb aku tak sedar pun masa pembedahan tu. inilah rupa cysts bila dah keluarkan
nasihat kepada wanita2 diluar sana yg mempunyai nasib yg sama mcm aku ni, aku nasihatkan tak payah la nak takut sgt. sbb, kalau takut pun, bukan dpt selesaikan masalah. perasaan takut tu akan buat kita akan delay lagi utk jumpa dokter. makin lama dibiarkan, makin parah dan akan bertambah rumit. ingat ye kawan2, jgn biarkan cyst ni sampai berpusing (twist) atau pecah. nnti masalah lain pula yg akan datang. ketepikan perasaan takut tu. takut tu cuma penghalang utk kita jadi sihat.
ok, sampai sini je entry utk kali ini. harap dpt bg panduan kepada wanita2 diluar sana yg menghadapi nasib yg sama mcm aku ni.