CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 17, 2011

sabah vacation

wow!! terlalu lama dah tak update. sebenanrnye ada byk juga cerita nak share sini. tapi, byk sgt penghalang utk menulis di sini (asalan). hehehe.

okeh, 2 bulan lepas, saya, laily dan aisyah (kami panggil dia bom) pergi bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. wow!! guess what? kami sgt teruja sgt nak pergi sampai buat meeting 3x sebelom ke sana. punya lah excited kan? yela, tak penah2 sampai KK lah dikatakan..

okeh, back to da story. tema kami ialah santai, haf fun dan sgt energetic. (apa da.. santai, tp energetic plak. huhu. ;p)
DAY 1
sorang happy. sorg lagi serius.

kami punya flight pukul 830 pagi kalau tak silap.
 tapi pagi la. pukul brapa tu sy pon tak pasti. hehehe.
Kami sgt2 gembira. asik ketawa je

cerita dlm kapal terbang:
1- mula2 skali, kami terus landing kan sikit seat kami utk tidak tegak sgt seperti biasa tu. lepas tu, guess what? mesti la kami terus sambar menu yg nak di order.. yeahh!! sy amik choc muffin, laily amik sandwich, dan bom plak amik... err.. tak ingt. (bom, ko amik apa eh?)
setelah menunggu, makanan pon dah sampai, kami terus makan makan dan makan. hehheehe.

2- selesai makan, lap2 mulut, minum air, kami pon mengeluarkan alat2 kecantikan! ha.. ini lah yg dinanti - nantikan. (gambar dirahsiakan) ahakss!!

3- lepas boring mencantik2, laily pon mengeluarkan buku 'teka silang kata' dan buku 'mencari perkataan yg tersembunyi'.ha.. si laily ni mmg. dia mmg ada byk buku2 yg menguji minda dan kesabaran.
so, aku pon buat la 'latihan' yg ada dlm buku tu. laily n bom pulak belom siap mencantik2 kan diri lagi. so, diorg membantu aku membuat 'latihan' dlm buku tu..

4- lps membuat 'latihan' tu sampai bosan, apa lagi.. hembus2 bantal, pastu membuta. tiba2, eh, dah nak sampai. bila dah nampak daratan, aku kata kat laily dgn muka gembiranya "leli, kita dah sampai KK.. kita dah sampai KK!!" laily dan bom pon angguk2 dgn muka yg penuh sinar tanda setuju. wow!! 


ha.. inilah dia muka2 gembira bila dah mendarat. wink! wink!

sampai je KKIA (kota kinabalu international airport), tiba2 laily kata "BOM?? tu nama ko la. tu!!" lantas kami nampak ada seorang pakcik pegang kertas tulis AISYAH MUSTAFAR. wow!! kami pon terus menuju ke pakcik tu. bom kata "ha, sy aisyah" ahahaha!! kelaka pon ada. tapi gamba tiada dlm simpanan aku. -..-"

dalam van, kami lepak habis! dlm van tu, aku asik borak2 dgn pakcik van tu. diorg pon borak2 gak dgn pakcik tu, tp kejap je. mungkin distance diorg jauh dgn pakcik tu. so tak dengar sgt. tp, pakcik tu pon satu. tnya lain, lain jawabnya. hahahah!! bantai la..

si laily plak tersandar duduk di kerusinya sambil mata nya sibuk pandang kiri n kanan (mcm supervisor). hehe. 
bom pulak, sebok mengambil gambar kenangan dan buat video. wohooo!! sgt gembira, ok...

pakcik van tu terus bawa kami ke tune hotel yg terletak di 1 borneo. kami check-in, pastu terus keluar dan... apa lagi? bergambar sakan lah. heheheheheh
depan shopping mall 1 borneo. 
gembiranya mereka! bkn mereka shj, tapi, KAMI!!
hehehehe

gambar kegembiraan lagi..
;D

aktiviti malamnya pula, kami mkn mlm kat restoran cina (yg halal) pilihan awang(gambar di atas). nama kedai tu Restoran Tien Tien. kami mkn sea food. yeahh!! sgt lah kenyang. keadaan yg hujan tak membantutkan kegembiraan kami. kami redah jugak hujan dgn gelak tawa. hahahaa. apa da..

setelah makan, kami pergi pula ke live band. tak jauh dr restoran cina tu. kami layan air je sambil dgr lagu2 mereka. hehe
live band
Awang + titi


DAY 2
hari kedua ni, kami dah terjaga seawal jam 4 pagi akibat aktiviti paranormal dan angin kuat (kot..) ;p
so, kami terus bgn dan berbual sesama sendiri (asal kan celik je mata, celik la mulut tu kan?) ahahah!! kami bersiap2 utk meneruskan aktiviti seterusnya.
setelah berbincang dgn begitu lama, akhirnya kami ambil kputusan utk naik taxi utk pergi ke gaya street..


eh, asal aku tulis mcm karangan ni? ahakss!!


ok, sambung.
ha, tambang taxi dari 1 borneo ke bandar RM25!! hah! tu dia.. tapi, bila dah bahagi 3, brp sgt la kan.. so kami meneruskannya. tutup mata je lah. hhuhuhuu.


gaya street
bom spent a lot ye..
 lepas berpenat lelah di gaya street, kami menunggu awang n titi utk pergi ke national park, tagal moroli, hot poring, makan2.. hah! sgt berenergy ok..

pemandangannya sgt lah cantik.


kami singgah makan kat area atas bukit. area nasional park tu la. cuaca kat sana cerah, tapi sgt lah sejuk ye.. mmg fresh udara kat sana.

bom + laily tgh ketawa tgk gambar masing2.
ahakss!!!

kami pergi kundasang! ha, kundasang.heheeh. sgt sejuk di kundasang ok.. brp kali nak sebut 'kundasang' ha?
kami sgt la riang di sini.. hah..
akibat sejuk, laily dan bom telah bertukar wajah. tadaaa!!
hehe. kami tinggi okke..
lepas tu, kami pergi ke kundasang war memorial. perghh!! serius sgt english tempat ini.. kami pon berangan2 spt di obesi walaupon tidak. heheh.

abaikan baju hijau itu

konon2 cover majalah

dua kendid, 2 gila kamera
cantikkan ??
ha.. ini nampak jgk la english nya..
cover majalah lagi
kat bawah tu rumah2 orang.
singgah kat sini utk amik gambar sahaja. ;p

setelah bersejuk sejukan, kami meneruskan perjalanan ke kolam air panas. ku pikirkan kolam air panas yg natural. tp, rupa-rupanya, dah diubahsuai utk keselesaan pengunjung. bg aku, taklah berbaloi sgt pon pegi. tp sungai kat sana cantik la..  tu je la yg menarik kot..

hot spring


 ni lah dia sumber air panas tu. titi kata dgn yakin "batu ni la yg membuatkan air ni panas. tgk batu tu berasap" (lebih kurang gitu la ayatnya). kami pon berkerut dahi menerima je apa yg dia kata. ahahah!! tp itu smua dusta belaka ye... tolong jgn percaya .

gambar hiasan.
air ni tak panas ok..
kami habiskan masa kat hot spring selama 15 minit je kot. pastu, kami terus bergegas pergi ke Tagal Moroli. ha, ini excited! ini best. SPA IKAN!!
slalu kat kedai2 tu kan yang bayar RM15 utk ikan makan kulit mati kaki kan? ikan dia kecik je..
tapi, kat sini, ikan dia besar gila wei!! mcm ikan siakap besar dia. siap fikir "bwk balik sekor, masak ikan 3 rasa sedap nih" ahahah!! tak caya? meh tgk gamba..

tengok tengok! ikan dia besar punya.
rasa mcm kena hurung dgn ikan pirana
kami sgt menjerit2 pada awalnya sebab jakun dan geli dan takot sakit bila kena gigit dgn ikan. aku ingat lagi ayat sorg2 dgn ikan2 ni.
laily: "aduh, sakit sakit sakit" (bila kena gigit kat kakinya)
aku: "aww!! sakit lah" (bila kena gigit kat tumit). 
awang: "kurang ajar ikan. kurang ajar" (ahahah!! ni lawak siot. dia akan ckp ikan tu kurang ajar bila kena gigit)
titi: ha, titi takde bunyi pon. dia diam n relax je. katanya dah biasa. 
bom: "mackey.. mackeyy.. MACKEYY **** !!!" (bila ikan tu gigit dia, dia jerit la mackey tu kuat2)

aduhai korang.. lawak seyy.


laily sgt berani. bom pon sama.
tp, aku je yg cuak2 bila digigit.
eww!!

setelah penat berendam segala, kami pergi makan sea food (sea food je lagi...). tp, kali ni istimewa sikit. sbb kami makan rumpai laut!. aku ulang skali lagi, rumpai laut!! sedap jugak. rasa mcm mkn telur ikan kat suchi king tu.. abis kami makan. kat kedai makan ni, kami pilih sendiri ikan, udang, sotong utk dimasak. lepas timbang, dia akan masakkan mengikut citarasa yg kita mahu. kita sebut aja. syok wo!!

tu dia.. bom makan rumpai laut
ok, nak bg nasihat sikit. kalau pergi naik bukit tu, pastikan turun sebelum gelap okke. kami turun bila dah gelap. sgt scary ye.. kabus tebal sampai tak nampak jalan. pendek kata, kami berada dlm awan la..


DAY 3

hari ini, kami travel sendiri. kami bangga lah jugak dgn diri sendiri. kami amik taxi whole day. utk sehari, kami sewa RM120 kot.. (guys, if u read dis entry, correct me if im wrong)
kami sangkakan byk gila bus mcm kat pudu tu. tapi, lain plak! korang tau, diorg tak byk bus besar2. diorg byk bas mini dan van. sebab, kebanyakan jalan, bus takleh masuk. so, gunalah van/bas mini..

muka kepayahan mencari public transport
destinasi pertama kami ialah the green connection. harus pergi!!. menarik tempat ini. serius. mcm2 binatang dpt tgk. seronoknya....~

kat dlm tu, ada ular sawa (biasa la tu kan..) pastu, ada ikan yg cantik2 dia letak kat dlm kolam. dr hasil kajian aku (intebiu org situ) smuanya amik kat laut. maknanya, ikan amik kat laut, air tu pon, depa gagah punggah air dr laut, dan bubuh dlm kolam tu.. perghh.

the green connection

mereka sgt gembira, kan?? wowee!!

bom pegang ular! sy tak berani
pastu, dpt signature dr ular tersebut. hohoho
saja2
dia comel kan??
beraksi
ok! ini yg tak sabar2 nak cerita. kami pergi ke Monsopiad Culture Village. kamu berpeluang melihat mereka menari dan menyumpit. kami pon berpeluang menari jugak!! tgk tu..

ewahh. kami ikot mereka menari2.
sebenarnya, ada lg satu tarian menarik yg kami ikot. tarian yg guna buluh kepit2 kaki tu.. alah, yg slalu kua kat tv tu kan.. ha, kami try yg itulah. tp gambarnya tiada kot.. sbb, smua org pon join termasuklah awang..

bergambar dgn penari2 di jambatan yg kami anggap seperti jambatan tamparuli. ahakss

seterusnya, kami pergi ke lok kawi. dpt tgk byk2 binatang dan orangutan yg comel gila.. orangutan tu siap boleh merajuk2 dgn penjaganya. pastu, laily masuk pertandingan dgn orgutan. mereka berlumba mengeluarkan sweet potato dari balangnya. dan akhirnya, orgutan tu lah yg menang. laily kalah. ahahah!!

lok kawi
bom dah fobia dgn ular
laily kata mak n ayah. -..-

seterusnya, kami singgah di Kampung Lama (kampung ni atas air) kampung lama ni terletak berdekatan dgn sutera harbour.
utk pengetahuan semua, ini bukan tempat perlancongan ye.. harap maklong. hehehe
kami teruja dgn rumahnya yg berada di atas air. so, kami pon meredah la ke sana.. sebelom kami ke sana, laily dah msg awang (kenalah bg tau awang. nnti apa2 jadi senang). sebabnya, awang tak ikot kami ke kampung lama tu..
kampung air. diorg ada astro wo..

gambar kenangan bersama mereka

DAY 4
kejap je dah hari ke 4 kami. kami abiskan masa whole day kat pulau. mula2 kami ke pulau mamutik, pastu pulau sapi dan akhir skali pulau.. err.. lupa la plak. pilau manukan kot. kami hire Joseph utk bawa kami merayau2 di sekitar pulau2 tu. 

bom wif joseph
i loike dis pic
laily kata "awin rakus. tak saba2"
ahahahah!!


wowee!!! gambarni cantik!!
wee!!! seronoknya....
bom bwk kamera yg boleh rendam dlm air.  ketip2 jari je, ikan leh datang
tu tgn si joseph 
kami main banana boat jugak. mula2, kami 3 org main. penat pemandu boat buat lap, tp kami tak jatuh2 pon. tiba2 si bom dah takde. bom dah jatuh!!. tp aku dan laily tetap teguh di atas boat tu.
bom pon berusaha lah utk naik semula ke atas boat utk 'jatuh' beramai2 skali lagi.. tp bom tak dpt nak naik. laily yg tak sampai hati tgk bom terkial2, dia bgn dan cuba utk tolong bom. tiba2, dushh!! laily pulak terjun dlm laut. adehh.. tiba2 aku rasa aku JUARA!!! yeyyy. hahahah!!

lepastu, mereka berdua berjaya lah jugak naik atas banana boat lepas diangkat naik.
okeh, skali lagi! akhirnya, kami jatuh beramai!! masa jatuh tu, bahu aku terhentak. sakit gila. rupa2 nya terhantuk kat kpala bom. -..-  tiba2 aku rasa mcm "asal aku tak timbul2 ni?" terus aku bukak mata. bukak je mata, aku pandang bawah, HITAM!! pandang atas CERAH! terus aku kuak2 kan tangan utk timbul. ada life jacket pon lambat nak timbul. hahh!! kepala aku mula pening. naik je atas boat, terus bluekkk!! skali mabuk laut da.. diorg main banana boat utk kali kedua. tp aku dah lembik dah. tak larat dah. huuhu

mereka main banana boat
laily terbang2

DAY 5


hari ke 6 ni merupakan hari terakhir kami di KK. oh tidakk!! tak suka nye.. nak pegi KK lagi,..
sebelom itu, kami kill time kat reflexology. laily urot kaki, sy lak buat ear candle. bom pergi merayau2.

laily
kami singgah kat pasar filiphina utk membeli pearl. wah, ada akak ni, sgt sporting. mula2 kami lalu2 je. nak tgk2 je. pastu, kua kan 1 utk tgk.. pastu kua lagi.. sudahnya, sepah satu meja dgn pearl. ahahahha!!

beli2

then, kami amik2 gamba sekitar bandar KK.. 

larikkkk!!!
YG TAK SEMPAT NAK CERITA:
- bom mengigau2 masa tidur
- bom tiba2 bgn dan jerit "eh! korang dah bgn? senyap je kan?" (lebih kurang la ayat dia)
- aku menepuk2 kaki bom n laily dlm kreta awang
- dengar lagu "senja nan merah" oh sweet nya~
- menunggu awang bagai nak rak. HAHAHAHAHA!!!
- kami yg tak habis2 memandang kpd fast food! sampai sampai je, dah mkn mcD. pastu kami dah buat aku janji utk tidak mkn fast food semasa di Sabah. naseb baik bukan janji palsu. (agaknye la..)
- bom dpt hadiah hasil lukisan orangutan
- pening lalat semasa snorkeling



harap korang suka la baca.. maklumla, dah lama tak menulis. lintang pukang ayat. huhuhuh
tamat..


Thursday, September 23, 2010

genting wif frens..


wow.. lamanya sudah dah tak update blog ku ini.. berbulan bulan.
hehehehe...... ....... .....

ok, the latest activity is 'bercuti' kat genting highland.

SERONOKNYEeeeeeeeeeeeeee...............!!!!

silalah lihat gambar2 kami di bawah.

muka2 excited nak naik bukit.
happy giler
muka bahagia.. maklumlah, baru sampai..


tu dia...
muka selepas naik SOLERO <--- betul ke ejaan nih? (bantai je la)
rasa mcm nyawa tinggal kat atas wei. cuak gila.
lepas turun tu, kepala lutut mcm longgar..
tangan plak shaking selama lebih kurang 30 minit.
heheheheh!! (^_^)v
fuhhh!!

lepas naik 'sungai rajang ****' <--- tak ingat nama dia
kuyup kami kena simbah.




permainan pertama kami naik.
pening gila kpala.
awal2 dah pening. blom naik roller coaster lagi..

budak budak ini..
nak naik marry go round tu tak?
permainan kedua paling best kat genting tu..
kan laily kan??


bom, awin laily

muka kami versi kesopanan dan kesusilaan
*sebab ada org tolong snap kan..*

kepenatan menunggu

kami lagi.


okey.. itu sahaja buat kali ini..
tata~

Wednesday, July 21, 2010

update

after few months, a lot of things happened, now im here to write something.

pheww!! how im gonna start it?

ok, its about heart, feeling..
memang susah nak 'balance'kan utk jaga perasaan org, dan perasaan sendiri dalam masa yg sama. kadang2 kita terpaksa berkorban utk menjaga perasaan org lain.

argghhh!! mmg susah nak luahkan kat sini, ok.. tp sy sdg mencubanye..

kadang2 kita cuba utk penuhi keinginan org lain, dan hold keinginan sendiri. dgn harapan, keinginan yg hold tadi boleh postpone. tapi?? ape yg jadi?? dilupekan lagi ada lah.. im sick of it.
tapi, sy bukanlah budak kecik yg hendak dipujuk rayu bagai. cukuplah sedar yg sy juga manusia yg ada hati. ada pilihan. dan sy layak buat keputusan sy sendiri.

Friday, June 4, 2010

hello

ok, entry terbaru akan dipos tak lama lg..

sabar menanti.

Tuesday, February 23, 2010

yee sang party with flyfm

hello guys..!! how u guys doing? hopefully smuanye okke2 blaka nah..

okey, entry kali ni sy nak cerita pasal yee sang party dgn flyfm..
yee sang tu mcm acara lambung2 pelbagai jenis sayuran dalam satu pinggan dgn menggunakan chop stick secara beramai ramai (nih adalah maksud yee sang mengikut pendapat saya la. tatau la betol ke tak. pakai redah je.. hihi)

yee sang
ni la rupa bentuknye setelah dilambung2


lokasi acara flyfm nih kat area KL tower, tingkat 34.
tu psal la leh nampak KLCC


lepas acara lambung2 sayuran tu, kami terus menerkam port seperti gmbar di bawah tu..
port tu tak banyak.. ada 6 ketol je..
jadi, kami cepat2 la menerkam kat port tu.. org first yg menerkam tu saye la.. hehehe ;)

ha.. nih la port lepak kami..
lepak mcm kat umah wei..


sedang syok2 makan limau, ahli flyfm naik ke pentas utk buat acara pertandingan menari tarian naga. tiba2 jantung dupdap2 mcm nak pecah bila hunnymadu turun dari stage utk cari seorang penonton bertuah utk naik ke atas pentas. serentk saya pandang coca, coca pndang saya balik dgn mata yg bulat dan cuak2. sy pon terdetik, dan hati berkata "nak tarik aku la tu".

saya pon terus berlakon, pura2 tidak endahkan detik hati. sy teros mempelawa leli utk makan limau dgn harapan "jgn la aku kena.. aku tgh buat2 sebok nih.." tiba2 tgn terasa panas. mcm ada mamalia yg pegang tgn saya. bila toleh, its hunnymadu!!
dengan limau + biji limau yg penoh dlm mulot, sy cepat2 habiskan. tiba2 hunnymadu kata "bring also your orange" ahahahah!! nampak sgt saya nih ketandusan vitamin c. bawak betol2 kang.. hehehe.

tiba2 teringat masa baru sampai sana, hunnymadu pandang2 saye senyum2. ingat tak de ape2 la. rupe2nye, dia dah target saye dah.. mungkin sbb saya pkai bj MERAH MENYALA2 kot.. nih la gmba saya semasa di atas pentas tu..


maloo wei lps turun stage tu


akibat dari tarian naga ala2 rock n sewel tu, saya dpt goody bag flyfm..
suke3!! sbb ada t-shirt flyfm, sticker 200pcs (naseb baik dh bg leli & rye sikit. coca, lupe nk bg ko jgk... sorry, lupa sgt2..) dpt pen, file, dll...


coca, rye & me..


leli, saya n hunnymadu(flyfm)


aksi kegayatan berada di tingkat 34.
tgk bawah, kecik je kereta2..
;)


lepas berpeleseran kat tingkat 34 tu, kami amik kputusan utk merayap kat pavillion.
pada mulanye, kami nak tgk wayang.. tapi takde cerita yg menarik dan terlalu ramai manusia di situ.. sesakk. and, kami terserempak dgn ahmad kasan (penari mcm2 aznil) juga..
then, kami pon amik keputusan utk amik gamba di sekitar pavillion yg penuh dgn bunga bungaan tu..

di bawah ketiak model


at main entrance pavillion.
full of tanglungs.
woweee!!!


ini pon jadi..

okey, itu sahaja aktiviti di hujung minggu saya sempena cuti CNY..
selamat membaca..

Sunday, February 14, 2010

jalan2 CNY

okeh, sebenanye, tadi tak sabar2 nak update blog. tp, oleh kerana laptop adik nih pattern zaman tok kadok bila tah, kalu tertekan delete, takde simpan kat recycle bin. aduh...!!! ilang smua gmba yg dah snap hari nih.. yg paling terkilan ialah gamba tunang member n gamba mama & papa tu. tp naseb baik ada gak snap guna handphone.. pheww!!

1- pertunangan member kayuh basikal.
hari nih, ahad, 14 feb 2010, salah sorg dr member rempit basikal zaman skolah dulu bertunang. woww!! dah 2 dr 5 ahli pasukan rempit basikal kami bertunang n nak kawen tahun ni jugak.. ;) ahli kami terdiri dr 5 org, iaitu kak ana, awin, ayung, ain dan linda. ayung dah tunang dan nak kawen bulan depan. kak ana plak tunang siang tadi dan nak kawen bulan 11 nih. linda plak, mcm on da way nak bertunang jugak je?? huhuhuhuuh... ;p
ada jugak member lain yg dah bertunang dan nak kawen tahun nih jugak. ayoyo.. murah rezeki korang ek? tinggal sy dan ain je yg maseh lg tak de ape2 movement.. hihihih. takpe2, bia lambat, asalkan slamat.. kan ain kan? *reverse psycology* ;p


aksi kesengalan telah bermula~


ha, nih la geng rempit basikal
dari kiri : ayung, ain, linda n awin..


2- melawat papa n mama <3>
warghh!! seronoknye jmpa papa n mama.. mula2 kami sampai, mama kat dapur, papa plak dlm bilik air.. ada kakjah n abg faizal dan anak2 mereka.. bila kakjah nmpak je muka2 kami, terus dia lompat2 mcm budak umur 8 tahun panggil mama n papa.aku dr jauh nmpak mama berlari2 anak ke arah kami. bila dah salam2 bagai, tiba2 nampak papa. dia terpegun dan terkejut dgn kehadiran kami. dia ter'pause' slama 3 saat. *sempat plak saya kira brp saat* lps tu br la papa 'play' semula.. huhuhuh ;p

papa


mama

paling tersentuh hati bila mama ungkit kisah lama pasal arwah kak idah yg telah meninggalkan kami semua pada usia 22 tahun 8 tahun yg lepas. perghh!! rasa nak nangis. arwah meninggal kat dalam hostel uitm shah alam. bayangkan la, mcmana perasaan mama n papa bila tgk anak terkujur kaku dalam bilik tu sorang2 dgn selimut putihnya. sebak bila ingat balik. arwah la yg paling rapat dgn kami smua.. disebabkan asma, dia pergi utk selamanya..
teringat lagi mcmana mama meraung depan mayat.
teringat lg mcmana mama takleh terima kenyataan.
teringat lg papa kena anta mama setiap hari kat kubur.
teringat lg masa mama down gile2.
mama berulang ke kubur setiap hari selama 2 tahun lebih.
hurmm... hidup perlu diteruskan.
mama, stay cool. we love kak idah too.
al-fatihah..


3- mengecat pintu pagar
aktiviti mengecat nih kami buat semalam. start kol 5 ptg, habis kol 730 mlm. lama.. penat wey..


mengecat dgn penuh tenaga

masa beli cat kat kedai hardware, tiba2 tokei kedai tu kata "kamu punya ibu cina ka?" sy plak ter'pause' kejap. sy pikir, celah mana lah dia nampak iras rupa cina kat muka sy nih? then sy reply "datok sy cina" sambil buat muka kompius. dia kata lg "patutla mcm cina sikit kamu" sy bertambah kompius. kalu mak n adik tu, mungkin la ada muka cina. tp sy, takde langsung. ahhh.. lantak la ko nk kata cina ke, bangla ke, yg penting, sy nak beli cat pintu pagar. huhuhu ;p


mak sy yg sepet


ha, ada muka cina ke? sikit pon tak ado..

Monday, February 8, 2010

kids & cash

sy rasa, betollah sy kena ikot program kids & cash kat dalam tv tu.

KIDS KIDS *sambil menepok bahu dgn tgn bersilang*,

CASH CASH *sambil menepok peha (poket)*

KIDS & CASH *buat aksi2 tadi berturut turut*


haih.. memanjang tak cukup je..