CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 8, 2013

GLA complex bukan sekadar utk kesuburan

ummi adam iqbal: GLA complex bukan sekadar utk kesuburan: ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua. Salam Jumaat juga utk yang beragama Islam. Semalam ada customer yang bertanya tentang GLA shaklee...

Tuesday, November 5, 2013

little precious

this is Adam Iqbal. umi luv u much2. muwah3

Monday, June 25, 2012

cysts

apakah itu cysts? macam mana boleh jadi? apa punca2 cysts tu? dari segi pemakanan ke? lifestyle ke?

orait, aku akan terangkan sikit apa yg aku tahu pasal cysts ni melalui pengalaman.

skrg ni aku nak fokus kepada ovarian cysts. lokasi atau koordinat dia ialah di dalam rahim. dah nama pun ovarian cysts kan.. apa yg dokter bagitahu, cysts ni ialah gelembung yang berisi air / solid / semi solid.  ada dua jenis cysts iaitu mobile cysts (yg boleh bergerak. maknanye yg tak attach kat mana2 bahagian uterus) dan attached cysts. aku punya ialah mobile cysts. so tak risau sgt la sbb cysts tu tak 'berakar'.


soalan yg ramai org tanya : macam mana ko dapat detect? 

kalau saiz cysts tu dah besar, tuan punya badan akan dapat rasakan sendiri. mula2 aku perasan yang perut aku buncit. ingatkan buncit sebab extra lemak. so, aku pun berusaha la pergi join gym utk kempiskan perut. lepas beberapa bulan membanting tulang kat gym tu, berat badan agak turun sikit. perut kempis di bahagian atas. tp kenapa di bahagian bawah tak kempis pun??
aku ni kan suka fikir positif. aku pun terus fikir 'oh, kena mkn kinohimitsu ni sbb berak tak lawas. sbb tu buncit' -..-" Lepas 1 set telan, mmg lah lawas selawasnya.. tapi... kenapa tak kempis lagi ye??
ok, positif lagi. mungkin kinohimitsu tak sesuai. mungkin kena cuba juvanex pulak (boleh bayang tak berapa duit aku habis sebulan hasil daripada fikiran yg positif sgt tu?) lepas minum, sama je buncitnya!! tapi aku masih positif. aku anggap 'aku ni mmg buncit kot. mungkin slama ni aku je tak perasan'

lepas bertunang, badan aku agak naik kilogramnya. masih lagi positif seperti selalunya, aku fikir 'makin buncit ni sbb dah lama berhenti gym'. so, aku pon mula lah aktif main badminton, berenang, dan berjoging. tapi kenapa tak kempis jugakkkk????? aku dah mula tak boleh positif   *~*

satu hari, aku pun menyarap utk tgk Facebook. dan aku terasa mcm ada benjolan di kawasan bawah pusat. bukan kecik ok, besau!! benjolan / buncit tu seperti perut org mengandung 4 months. mmg cukup terasa bila menyarap. aku tak puas hati. aku nak pastikan yg org lain ada ke tak benjol tu. aku suruh housemate aku menyarap pulak. tanya dia ada benjolan ke tak. dia kata "elek" (dlm bahasa tamil). tak habis investigate kat housemate, aku cek adik2 aku plak. ternyata takde. KOSONG. tapi kenapa aku ada??

ha.. baru lah aku nak search internet. dan lepas je baca mcm2 artikel dlm bahasa inggeris tu, aku pun yakin yg aku ada CYSTS!! lepas refer dgn dokter, dokter pun sahkan mmg ada cysts. memandangkan aku ni positif dan heartless, aku relax je. terus aku tnya "abis tu mcmana nak buat ni? buang ke? bila boleh buang?".muka makcik (makcik aku nurse kat sepital tu) dah pucat. balik dari sepital, aku relax je mcm takde apa2 jadi. makcik aku terus cerita kat mak aku apa yg dokter suggest psl cysts ni. mak pulak dah pucat dan cemas. -..-!

selang sebulan selepas kahwin, aku pun menjalankan pembedahan untuk membuang cysts tu. kalau dah nama heartless, mmg la tak cuak kan? dah masuk hospital pun tak rasa debar2 pun. blood pressure tak pernah naik akibat takut. dokter kata "youre very strong and cool. good. nothing to worry about rite?" 

sampai je masa, kena pakai topi mcm shower cap tu dan pakai baju putih. baring atas katil, terus tolak masuk bilik pembedahan (mcm la tak boleh jalan sendiri. hehehe) masuk je, nurse bagi oksigen. tiba2 aku black out. tak sedar apa. sedar2 je, dah sudah. soalan pertama aku kepada nurse "dah ke? dah pukul brapa skrg?" hahahaha. nurse ketawa je..

source : internet
ok, inilah rupa cysts kalau buat ultrasound. mmg ini la rupanya. bulat hitam. masa buat ultrasound dulu, dokter kata cysts aku berdiameter 13cm. dan dokter kata "big enough to take it out"
tapi, lepas keluarkan cysts tu daripada perut aku yang comel ni, rupa-rupanya saiz nya ialah berdiameter 20cm!! sebesar uri. dokter pun terkejut jugak sebenarnya.. aku lagilah terkejut!! hehehe

source : internet
gambar ni pun aku copy paste je dari internet. sbb aku tak sedar pun masa pembedahan tu. inilah rupa cysts bila dah keluarkan

nasihat kepada wanita2 diluar sana yg mempunyai nasib yg sama mcm aku ni, aku nasihatkan tak payah la nak takut sgt. sbb, kalau takut pun, bukan dpt selesaikan masalah. perasaan takut tu akan buat kita akan delay lagi utk jumpa dokter. makin lama dibiarkan, makin parah dan akan bertambah rumit. ingat ye kawan2,  jgn biarkan cyst ni sampai berpusing (twist) atau pecah. nnti masalah lain pula yg akan datang. ketepikan perasaan takut tu. takut tu cuma penghalang utk kita jadi sihat.


ok, sampai sini je entry utk kali ini. harap dpt bg panduan kepada wanita2 diluar sana yg menghadapi nasib yg sama mcm aku ni. 

ultrasound's result ;p

hurm.. mcmana nak start ni? err.. yes! im pregnant. minggu ni adalah minggu yang ke 15. baru 15 minggu (3.5months) dah ada org tanya jantina baby. agak2 la kan.. kecik lagi nak skodeng. hehehe.

there you are.. 
kiri = kepalanya..
kanan = kakinya..

Tuesday, June 5, 2012

im not single ;p

im not single. sepertimana yg korang smua tahu, saya dah kawen.. yeayyy!! (perlu ke mcmtu wiwin?)
hehehe. ramai jugak yang tnya, dimanakah titik pertemuan kami. ramai yang menjangkakan kami berjumpa di universiti. tapi yg sebenarnya, kami dah mula bercinta dari tingkatan 5 lagi. bermakna, kami berjumpa masa sekolah menengah. lebih detail lagi, kami satu kelas masa tingkatan 4 dan 5..              

ha.. cuba tgk betul2 tarikh yang ada kat gambar tu 7.10.02. inilah dia masa zaman2 remaja dulu. wow! dia sangat kurus ye.. kurus meleding. aku plak nampak tembam disitu. harap badan je kurus. tapi, ok la daripada sekarang kan???? -..-" mana taknya, dulu berat hanya 48kg setinggi 160cm. tetapi sekarang, apa celop?? hohohohho


ok, jgn lari dari topik. kalau nak cerita topik gemok, nnti tulis entry lain plak (sentap dgn diri sendiri) apa nak tulis tadi pon dah lupa. mengeluh lagi -_-!



nama tempat di atas ialah ULU BENDUL. kat mana tu? silalah google sendiri ye.. kat ulu bendul ni la tempat kami dating / berkumpul (alah, 2 org je pon..) sebelum pergi kemana-mana.
selalunya, kami akan 'kumpul' kat sini, beli keropok lekor, fish ball, air kelapa pastu pegi rendam kaki sambil bercerita. mcm2 cerita yang akan dibualkan (kuat membebel rupanya...)

                                      
hubungan cinta tu berlarutan ke peringkat universiti. masa universiti, kami telah ditakdirkan untuk masuk ke universiti yang berlainan. aku masuk UTHM, dan dia masuk UNITEN. seorang di batu pahat, seorang lagi di Bangi. boleh dikatakan yang hubungan kami ni hanyalah suam2 kuku je. tak hot sgt pon. ramai jugak budak2 uthm yang tatau aku ni ada boyfie.. huhuhu.

BERTUNANG

ok.. next stage!! bertunang pulak.
bertunang aku pakai warna biru + hijau =  TURQUOISE 
tapi tatau la kenapa dlm gambar jadi warna biru. huhuhu



bertunang sy pakai baju sendiri. takde sewa mana2 kedai.
baju ni sebanarnya baru kurung moden biasa je. pastu aksesori pinjam mak andam punyaaa!!
kuikuikuikui.

KAWEN
kawen.. yeayy. suami sy sekali lafaz je. tapi tok imam lapaz beberapa kali. ahahha. maklum je la, nama saya kan susah nak disebut.. ;p 











ok, malas nak cakap byk. tgk gambar je ok.. :)

Friday, October 28, 2011

disco skating


kami bertiga (sy bom dan laily) mmg dah rancang utk hangout together tapi tatau nak pegi mana. mula2 kami ingat nak g naik cameron highland la, pergi pulau la, pergi sunway lagoon la, tapi semuanya hanya illusi semata-mata. 

sy sampai je kat KL, laily pon dtg pungut sy kat BTS. crowded gila nak mampus. then, kami mkn2, lepak2, gelak2 sikit, pastu menunggu bom di rumah laily. lama btol minah ni sampai. hehehe. 
ha, esoknya! here we go...!!

hari sabtu kami pergi serak2 kan tekak dulu kat RedBox selama 3jam. pheww!! guys, i admit yg aku byk tatau lagu apa yg korang nyanyi. tau lagu, tajuk plak tatau. dan seperti biasa, aku suka hilang2 lirik. pfft. 
tp its ok, aku enjoy tgk korang nyanyi penoh pasaan. ahahaha

then, lepas serak2 basah tu, kami pergi ke disco skating. yeahh!! i loike!! kat sini kami serak2 kan tekak lagi dengan menjerit2. ahahah. knp menjerit? ha, ni critanya..
disco skating tu tempat utk korang main rollerblade. tempat tu sgt la licin. dulu aku penah jgk la ada rollerblade. mmg la penah main menatang tu. tp takla selicin tu. aku n bom dah mcm org sakit tulang je main benda tu. hahah. lawak gila k..

dan kat situ, bom la yg paling lawak skali. time selekoh je, dia akan meluru apa saja kat dpn dia. ahahha!! napa ko tak pusingkan kaki ko bom? aduiii..
oleh kerana bom suka meluru, tiba2 bom dpt kwn baru kat sana. ahaahahahhaha!!

 laily n bom in action!!

 aku tergolek tergelantang!
sakit weyyy

 this is not pole dance ye....
tp, dlm dia mmg mcm disco btol2 la..
dgn alunan music yg kuat, lagu2 kelab malam, siap ada stage utk dancers lagi. ahahahah!!

ha.. terjatuh tergolek suda mereka.
kami hanya mampu ketawa je. kui kui kui

till then.
daa..

quick update

things happen for a reason
have faith in yourself

perasaan : sy risau
sy runsing
rasa tak sedap hati
sebab apa? 
err.. 

hurmmm.

sy ni asyik touching je. sensitive sangat ke?
too fragile rite? ehehehe

till then. tata 

Thursday, August 18, 2011

touching

heyya readers. dah lama tak update blog ni. pehhh.. byknya habuk. hatchumm!! ha, tgk. hidung sy tak dpt detect habuk dah. mmg payah kalau hidung ni ada dust detector. alamak, merepek apa ini? ahahahah

ok, cukup2 merepek. kembali ke pangkal jalan semula.

err.. mcmana nak mula nih?
...
........
..............

ok, lets make it simple.

sebenarnya sy ni seorang yg sensitip, cepat terasa, cpt nak kecik hati, cpt merajuk, tak thn dgn org yg mulut laser, ha apa lg perkataan yg seangkatan dgnnya? itulah sy...

jd, sy tak suka org yg suka suka panah sy atau perli sy atau ckp ikot sedap mulot dgn sy. kalau laser sikit2 tu i tak kesah. i boleh bawak gurau. tapi, kalau laser mcm panah tu, mmg tak boleh blah.

sy dah 2x pengalaman berkawan dgn org yg ada tahi lalat di bibir. mmg tak dpt dinafikan, mulut diorg mmg laser. dgn isu2 yg sy anggap sensitip pon dia relax je panah. hohh!! bengang gak la..
contohnya mcm ni.. dia beli sesuatu, tp niat dlm hati dia mmg taknak bg sy la kot. dan sy pon paham, tu dia beli. duit dia.jd sy pon mmg taknak amik pon. lainlah kalau dia offer. rasanya, kalau dia offer pon, sy teragak2 nak amik kot... pastu, dia boleh plak kata kat sy "jgn mintak tau". perghh!!

dulu pernah je dia konon2 tinggalkan sy nugget (kongsi beli) 3 ketol. and i assume smuanya utk sy sbb weekend dia dah mkn byk (sy balik kg). boleh plak dia mintak 1 daripada 3 nugget tu? ada ke patut??? pastu beli milo kongsi. dia buat kek batik guna milo, pastu g sedekah kat kwn2 dia. padahal milo tu kongsi tu. sy tak penah pon sebut psl tu. so, diamanakah keadilannya?? patut tak sy kecik hati dgn dia? sy jgk ke yg salah?

Thursday, June 9, 2011

gangguan seksual

laju je klik kan?
hah! tu dia... topik yang agak membuka mata seluas luasnya!  (*_*)

selalunya, kaum hawa inilah yg menjadi mangsanya. kaum adam juga mungkin terkena juga. tp taklah sehebat kaum hawa ni kan.
ok, lets start. apakah yg dimaksudkan dgn gangguan seksual?
bila sebut gangguan seksual, kita akan terus fikir tentang perbuatan / sentuhan kan?
tapi sebenarnya, gangguan ni ada byk peringkat.

1- dari jauh (pandang2 jeling2)
hah! ni biasa la utk golongan wanita yg cantik. mmg byk mata2 nakal yg nak pandang termasuklah mata2 dari golongan wanita sendiri. tak salah memandang. tp, cara pandangan tu yg membezakan. 

pandangan "wui. dia ni cantik lah! sweet je"
ha, pandangan ni mmg biasa. sbb kagum dgn kecantikan yg pompuan tu miliki. kadang2 muka dia cantik, dia pandai bergaya, perwatakan dia yg selalu senyum simpul tu membuatkan kita rasa dia cantik!! pernah je korang buat kan?? jgn tipu..

pandangan yg point2!!
hah! ini aku allergic sikit.selalunya, pompuan takkan pandang mcm ni. yg slalu pandang mcm ni ialah lelaki! saya ulang skali lagi, LELAKI. tolong ye wahai kaum adam, kami kaum hawa tak suka kalau kamu buat begitu.
alah... tak paham ke pandang point2 tu mcmana? 
mcmni, penah tak bila kau ckp dgn seseorg, org tu kejap2 pandang mulut ko, kejap2 pandang keronsang, tudung belit2 ko, kasut tumit tinggi ko, telinga ko la.. sampai koordinat taik lalat kat pipi kau pon dia leh ingt. ha.. tu lah maksudnya... hohh

pandangan kenyit2 mata
ini slalu tgk kan.. kalau tak tahu jugak, amik remote tv tu, tekan je la mana2 channel tv tu. tunggu je la scene konon2 mata masuk habuk tu (dan dan!!) ha, itu lah dia.
pandangan ni boleh dikatakan gangguan seksual jika pihak satu lagi tak suka. kalau pihak satu lagi tu pon senyum2, maknanye dia pon suka la tu. so gangguan seksual tu tak valid! 

2- percakapan
hati2 bila bercakap. kalau lah org tu tak rapat sgt dgn kita, dia mungkin tak selesa dgn apa yg kita cakap. kalau lah org tu mmg kamcing gila, otak sama2 senget, cakap la apa pon. dia takkan terasa. dia gelak lagi ada la..
pernah tak korang hadapi situasi yg asyik dipuji oleh org yg sama? tp puji tu tak kena tempat pon. (-..-)! kadang2 mungkin org tu obsessed dgn kita, dan dia puji kita ikhlas. kadang2 pujian tu bermaksud lain. so, kalau ye pon obsessed, takyah la puji hari2. puji la 2 hari skali.. (-..-")

3- sentuhan
kadang2, bila  kita bercakap, kita tak sedar yg kita akan pegang org. kan? selalunya, org yg kita pegang tu org yg rapat dgn kita la..
ingat, kalau kita tak rapat pon dgn org tu, jgn la sekali2 nak pegang2 dia. even pompuan sama pompuan pon. bkn apa, nnti tak selesa plak org tu.
ha, kalau lelaki n pompuan plak, mmg dilarang sama skali la nk pegang2 atau siku2 nih. tapi, perasan tak? selalu pompuan akan menampar2 lengan lelaki bila dia dah termalu kan? apesal eh? emo sgt kot.. 
dibuatnya si lelaki mengadu yg ko buat gangguan seksual kat dia, aduan tu valid tau. walaupon ko hanya lepok2 lengan dia. so, ingat 2 la..

ha, apa yg sy tulis kat sini semuanya input dari kursus induksi bulan May lepas. stakat ini jelah buat skrg ni. nnti ada input lain, sy akan update lagi. hehhee.

Tuesday, May 31, 2011

.....


disappointed 
shud i, or shudnt i?
sighh